Presidennya Tan Sri Zaleha Ismail berkata setiap klik yang dibuat pengunjung pada sepanduk mempamerkan logo CUP di www.cup.com.my, dan www.powerof10sen.org serta laman sosial Facebook dan Twitter akan mengaktifkan sumbangan 10 sen oleh sebuah penaja korporat.
Sumbangan itu akan diguna untuk membekalkan tangki air dan sistem penapis seramik bagi kanak-kanak miskin di Kemboja, katanya berucap pada majlis pelancaran kempen di sini.
"Dengan hanya satu klik, menggunakan satu jari tidak kira peringkat umur anda boleh membantu masyarakat yang kurang bernasib baik mendapat bekalan air bersih," kata beliau pada majlis yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Nor Azmal Mohd Nazir itu.
Mereka yang berminat boleh hubungi talian 03-78052103 untuk maklumat lanjut.





